Monday, 26 May 2014

seafood at Tanjung rambutan...

Nie my friend yang rekomen.ari 2 xla rasa lapar sangat..tapi saja jalan-jalan.Mula-mula ikut direction yang kawan bagi tu cam ssh jer nak cari.sebenarnya tak pun.kalu korang takut sesat sampai jer di petronas Tanjung Rambutan, korang boleh minta direction.sebenar kat belakang lorong sekitar petronas nie jer..
kedai nie dapat rekomen dari "Jalan-jalan cari Makan TV3".
 ketam goreng tepung..Harga ikut harga pasaran =)
 nasi goreng ketam & udang
 Mee udang, ketam sempoi diraja

 terdapat pelbagai pilihan menu.termasukla udang galah,macam-macam udang..udang harimau, udang laut..
variasi menu..
air pn banyak pilihan siap ikut nama drama @ filem lagi..cubala rasa..

Makan-makan di Gopeng & jalan-jalan di Kelie's Castle

hi2..dh lama tak update..nie yang nak share aktiviti mingu lepas..jalan-jalan dengan kakak & my mum..
Diwaktu pagi aku bawa dia orang gie sarapan pagi di Gopeng.Pekena nasi lemak, bihun sup dan roti canai..hi2 my mum sangat la berpuas hati dengan makanan..siap tapau kuih lagi.gerai nie terletak berhampiran bulatan gopeng ataupun berhanpiran bas stand gopeng. Tak susah nak cari,cuma kne cepat cikit.kadang-kadang pukul 10 pagi dh sold out.selain bihun/kuetiaw/mee sup, terdapat juga roti canai kosong/ telur, murtabak. Tapi berhampiran kedai ini terdapat juga peniaga yang menjual nasi lemak & kuihmuih.

bihun sup nie memang favourite..so yummy..

my sis menikmati roti canai..dalam cakap kenyang habis juga roti canai..sebab kelembutan nya.
selepas kekenyangan sempat lagi post dekat mural sekitar gopeng.
suker benar dia bergambar..

kami juga mengambil kesempatan tuk pusing-pusing di kelies castle, Batu Gajah..kelies castle mempunyai bangunan yang cantik dari segi architecture nya, sejarah dan juga mistik nya juga tak terkecuali.Jika anda berkunjung ke sini, ada boleh mendalami rekabentuknya, sejarah dan jangan lupa untuk melihat lebih dekat patung kelie di tokong yang berhampiran..nak wat photo shot tuk gambar kahwin pun cantik..hihi..

Saturday, 17 May 2014

Persedian nk hiking at Broga Hill, semenyih..

Dah lama rasanya mengidam nak datang tempat nie..akhirnya..tercapai gak...suka sangat..Hahahaha..Lokasinya x la susah nak cari..jus follow semenyih, then broga...jgn risau..x sesat punya..
Di sebabkan datang masa cuti hari Wesak. So agak ramai jua la yg datang.

Persedian Nak hiking:
1) Pakai kasut yang bersesuaian.
2) pakai pakaian Yang selesa dan bersesuaian.
3) Bawa Lampu suluh jika pergi sebelum terbit matahari.tapi ada juGA dijual lampu suluh di kaki broga.
4) Bawa air dan makanan jika perlu.
5) Bagi memastikan anda mempunyai stamina, perlu joging or jalan kaki@naik Tangga sblm mendaki bukit broga.
6) semasa mendaki boleh mengunakan langkah yang besar, tapi apabila turun lebih baik langkah yang lebih kecil bagi menjaga faktor keselamatan.
7)mendaki mengikut kemampuan anda..rehat sebentar jika perlu..

ok..selamat mendaki...
Melihat matahari terbit... =)
berehat seketika..

Saturday, 3 May 2014

Udang galah..so delicious@ Tanjung Tualang, Perak.


1st time datang kedai nie tutup. Akhirnya dapat jua mum udang galah..yummyyyy...
Lokasi kedai nie terletak di tepi jalan siap der signboard lagi. Siap der no telefhone lg.so kalu berminat boleh col. Yang pasti nya kedai nie tutup hari jumaat waktu operasi dari tengahari sampai habis stock.
nie mee udang galah yang tinggal udang jer...urmmnnn..dap, dap..
kat sini juga ada nasi goreng udang galah..harga dari Rm10 ke Rm20 ikut size...
yang nie mee udang galah harga dari RM15 ke RM20 ikut size juga.so boleh pilih nak besar @ kecil.

p/s: Bagi yang nak makan makan lain pun ada, mee goreng, kue tiaw goreng, laksa dll.

Thursday, 24 April 2014

laksa RAWA @ SG ITIK, GOPENG... YUMMYYYYYY... =)

CAM WAJIB JER .....kalau gie area gopeng...nk juga pekena Laksa Rawa nie..kt kedai Mee Kari Ami...

signboard kedai Mee kari Ami..
Lokasi : Sg Itik, Gopeng.

Laksa Rawa..
Laksa nie xsama rasanya ngn laksa kuala, laksa kedah..len..sgt..
mula2 kwn pekenalkan pn tgk cm len jer..
tp bila dh rasa...nk lagi..& lagi =)

kedai nie terkenal ngn mee kari..tp laksa nie 4rite saya..so mmg xleh lps kalu x mum..kat sini der lg mcm2 menu..kalu nk rasa kne dtg Gopeng, Perak. Famous gak tempat nie..masa tgh mum tu ada konvoi motor2 besar dtg mum....

kalau korg nk datang boleh jalan2 kat Gaharu Tea Valley, My gopeng Resort...follow signboard..xpn sampai gopeng..tanya kedai mkn mee Kari Ami.insyallah...ada yg taw...

moh jalan..n makan2 ke Perak..

Friday, 18 April 2014

makan angin kawasan LUMUT, Perak.

Saya nie sker sangat jalan...
kali nie saya gie santai2 kawasan Lumut, Perak. Kawasan yang famous tentula Pulau Pangkor dan Lumut yg terkenal dgn satay ikan, ikan bilis, dalam erti kata len makanan laut.Bolehla cari ikan masin talang, kurau, merah, bulus, ikan bulu ayam , tamban n banyak lagi.

Selain tempat itu ada lagi yg famous Teluk Batik, Teluk rubiah, Marina Wings, Marina Island...
But saya nak share  1 tempat yg saya baru explore...


sekali pandang cam kat Beijing kan?hahha..salah...nie kat Titi panjang, Lumut Perak. 1 tempat yg baru..ada taman monyet, boleh tgk sunset..boleh main layang2...on the ke Titi Panjang ada horse riding..tp x berkesempatan sebab leka sgt tgk sunset smpai kuda pn dh tido.


2.) Destinasi seterusnya...jom jln..


Bagi Pencinta alam boleh la datang ke taman Paya Bakau, Lumut.Disini kita boleh tgk gelagat monyet, pokok-pokok bakau, haiwan yg tinggal di kwsn paya bakau dan menaiki titi gantung..ada juga pelbagai info mengenai pokok-pokok dan binatang yg anda boleh baca.
P/s..kena berhati-hati ketika melalui trak kayu yang disediakan kerana sudah rosak...

lastly but not least..on the way nk balik ternmpak la NIRA Nipah di laluan IPOH-LUMUT..berhampiran kilang roti segar(xsilap saya...maaf klu salah) dari Lumut ianya terletak sebelah kiri..
Bagi yang x pernah rasa boleh cuba.Rasanya kelat-kelat manis.SEDAP..sebotol RM5.tp berbaloi..
kat warung nie juga ada laksa, cendol, jagung bakar dll.

=) info makcik tu ckp air nira nie byk kt area Teluk Intan, Perak..ti kita jln2 ke sana pula.

Thursday, 17 April 2014

Bakso Special

Bakso special....urmnnn...memang sedap dan nak lagi...warung nie terletak kt tepi jalan..sebelum sampai eon section 18 dan tesco dr simpang pulai, terletak berhampiran nursery...smbil mkn..leh la pilih2 bunga n pasu..hihi..

jemput mum...nk cuba...kne cr warung nie dula la...hihi