Monday 26 May 2014

seafood at Tanjung rambutan...

Nie my friend yang rekomen.ari 2 xla rasa lapar sangat..tapi saja jalan-jalan.Mula-mula ikut direction yang kawan bagi tu cam ssh jer nak cari.sebenarnya tak pun.kalu korang takut sesat sampai jer di petronas Tanjung Rambutan, korang boleh minta direction.sebenar kat belakang lorong sekitar petronas nie jer..
kedai nie dapat rekomen dari "Jalan-jalan cari Makan TV3".
 ketam goreng tepung..Harga ikut harga pasaran =)
 nasi goreng ketam & udang
 Mee udang, ketam sempoi diraja

 terdapat pelbagai pilihan menu.termasukla udang galah,macam-macam udang..udang harimau, udang laut..
variasi menu..
air pn banyak pilihan siap ikut nama drama @ filem lagi..cubala rasa..

Makan-makan di Gopeng & jalan-jalan di Kelie's Castle

hi2..dh lama tak update..nie yang nak share aktiviti mingu lepas..jalan-jalan dengan kakak & my mum..
Diwaktu pagi aku bawa dia orang gie sarapan pagi di Gopeng.Pekena nasi lemak, bihun sup dan roti canai..hi2 my mum sangat la berpuas hati dengan makanan..siap tapau kuih lagi.gerai nie terletak berhampiran bulatan gopeng ataupun berhanpiran bas stand gopeng. Tak susah nak cari,cuma kne cepat cikit.kadang-kadang pukul 10 pagi dh sold out.selain bihun/kuetiaw/mee sup, terdapat juga roti canai kosong/ telur, murtabak. Tapi berhampiran kedai ini terdapat juga peniaga yang menjual nasi lemak & kuihmuih.

bihun sup nie memang favourite..so yummy..

my sis menikmati roti canai..dalam cakap kenyang habis juga roti canai..sebab kelembutan nya.
selepas kekenyangan sempat lagi post dekat mural sekitar gopeng.
suker benar dia bergambar..

kami juga mengambil kesempatan tuk pusing-pusing di kelies castle, Batu Gajah..kelies castle mempunyai bangunan yang cantik dari segi architecture nya, sejarah dan juga mistik nya juga tak terkecuali.Jika anda berkunjung ke sini, ada boleh mendalami rekabentuknya, sejarah dan jangan lupa untuk melihat lebih dekat patung kelie di tokong yang berhampiran..nak wat photo shot tuk gambar kahwin pun cantik..hihi..

Saturday 17 May 2014

Persedian nk hiking at Broga Hill, semenyih..

Dah lama rasanya mengidam nak datang tempat nie..akhirnya..tercapai gak...suka sangat..Hahahaha..Lokasinya x la susah nak cari..jus follow semenyih, then broga...jgn risau..x sesat punya..
Di sebabkan datang masa cuti hari Wesak. So agak ramai jua la yg datang.

Persedian Nak hiking:
1) Pakai kasut yang bersesuaian.
2) pakai pakaian Yang selesa dan bersesuaian.
3) Bawa Lampu suluh jika pergi sebelum terbit matahari.tapi ada juGA dijual lampu suluh di kaki broga.
4) Bawa air dan makanan jika perlu.
5) Bagi memastikan anda mempunyai stamina, perlu joging or jalan kaki@naik Tangga sblm mendaki bukit broga.
6) semasa mendaki boleh mengunakan langkah yang besar, tapi apabila turun lebih baik langkah yang lebih kecil bagi menjaga faktor keselamatan.
7)mendaki mengikut kemampuan anda..rehat sebentar jika perlu..

ok..selamat mendaki...
Melihat matahari terbit... =)
berehat seketika..

Saturday 3 May 2014

Udang galah..so delicious@ Tanjung Tualang, Perak.


1st time datang kedai nie tutup. Akhirnya dapat jua mum udang galah..yummyyyy...
Lokasi kedai nie terletak di tepi jalan siap der signboard lagi. Siap der no telefhone lg.so kalu berminat boleh col. Yang pasti nya kedai nie tutup hari jumaat waktu operasi dari tengahari sampai habis stock.
nie mee udang galah yang tinggal udang jer...urmmnnn..dap, dap..
kat sini juga ada nasi goreng udang galah..harga dari Rm10 ke Rm20 ikut size...
yang nie mee udang galah harga dari RM15 ke RM20 ikut size juga.so boleh pilih nak besar @ kecil.

p/s: Bagi yang nak makan makan lain pun ada, mee goreng, kue tiaw goreng, laksa dll.