Friday 31 October 2014

makan laksa telur sarang - Taman Botani , Ipoh


Masa untuk makan.. laksa telur bersarang.yummy...anda juga boeh tambah fishcake. hihi


Murah jer RM3. Stall dibuka dari 4.30 petang sehingga laksa habis..kadang-kadang bernasib baik sampai kul 9.30 mlm. Jumaat tutup yea.

 lokasi taman Botani,  Ipoh. senang jer nak cari, tgk lori ni ada.adala...

Terdapat juga stall bersebelahan yang menyediakan pelbagai menu. per lagi...jom makan.


Tempat terhad. so kadang-kadang kene tungu tempat duduk kosong.. =)

Fraser hill...say yes!!

Hujung minggu yang lalu..percutian yang tak dirancang...selalunya saya akan cari booking hotel kt online or wat preparation dahulu. Tapi kali nie..tiDak. So bermulala perjalanan melalui  Gopeng - lebuhraya utara selatan - Kuala kubu - Fraser Hill. 
.
View yang cantik. berenti sekejap sebelum meneruskan perjalanan.kita selfie dulu yea. On the way ada kawasan tadahan air dan air terjun sg. chilling. Tapi saya tak berhenti di sg. chilling sebab parking penuh. so meneruskan perjalanan ke puncak..
Alhamdullilah  selamat sampai walaupun cuaca berujan dengan jalan yang berliku. Tempat yang sesuai tuk beristirehat jauh dari kesibukan kota. Banyak trail tuk di terokai. Ada juga yang berkayuh dengan berbasikal. Apapun yang melibatkan risiko keselamatan perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa seperti polis terlebih dahulu.


Di sini juga kita akan mengetahui bagaimana Fraser Hill di buka.Hurmn..very interesting. Perjalanan naik yang berbaloi bila dapat rest dengan tenang.. =)

cameron owh..cameron...

throw back memory..
hahaha..dh lama tak update..so nie adala pembuka cite...diam bukan berti tak buat apa-apa.cuma bussy dengan tanggungjawab dan kehidupan harian..Dalam diam-diam sempat juga bercuti. Perjalanan dari Gopeng ke Cameron takla lama sangat..lebih kurang sejam lebih..tambahan kalu saya yang pandu. Bukan sebab tak cekap or apa..tapi suka menikmati pemandangan...kdg2 kuarkan tangan kt tingkap tuk rasa angin dingin...(hati-hati..tengok dulu keadaan. Kang ada yang hilang tangan...)


Di Cameron banyak hotel.so boleh pilih sendiri...nak budget hotel, smoke house, or senang cite ikut keselesaan masing-masing. Tapi kalau nak gi time cuti sekolah..baik booked awal2. takut penuh

Jalan-jalan di Cameron..hurm..banyak tempat menarik. contohnya ladang teh...ha! nie boleh tengok pokok teh secara dekat. Dengan cuaca yang dingin menikmati secawan teh panas memang layan..

Terdapat juga cafe dan kedai cenderamata. Sebenarnya.. nie bukanlah kali pertama saya datang kesini..hihi..banyak kali..tapi alhamdullilah tak jemu. Rahsianya..saya mencari strawberi kering, salad segar dan cendawan goreng..dan ketenangan fikiran.



  •  Menikmati makan tengahari...haha..pilih stimboat .pakejnya agak murah dan bepatutan. oPPsss..terlupa nama restoran.tapi terletak diantara tanah rata dan brinchang.
Banyak tempat yang boleh kita pergi contohnya hutan lipur parit falls, gunung lumut, lavender garder, roses garden, bee park, strawberry park, cactus valley. Yang nak jungle tracking pun ada..


Yang minat dengan landskap..ha..terdapat pelbagai jenis bungaan dari yang berbunga atau berdaun. Peminat rose..boleh pilih samada nak jadikan kering or  yang segar.


Peminat salad dan strawberry macam saya..jom kita makan dulu..


Terdapat banyak tempat tuk shopping. kedai, gerai di sepanjang jalan.hihi...kalau nak merasa pasar malam brinchang. Datang pada hujung minggu. terdapat pelbagai pilihan, Bila dh ujung2 masa nak bis waktu boleh dapat harga lagi murah. Macam-macam boleh di beli di Cameron, cenderamata, sayuran, bungaan, cenderamata, jagung,strawberry dan lain-lain..

Okla..masa tuk balik..semasa nak turun dari cameron di antara jalan cameron -ipoh adala juga orang asli menjual petai, durian (ikut musim yea).. barangan hutan, kraftangan dan MAdu...

jupe lagi next journey...daaa